Isnin, 7 Oktober 2013

DATUK MAZNAH HAMID - IRON LADY

SEORANG USAHAWAN WANITA BERJAYA 

DATUK MAZNAH HAMID


Kisah Kejayaan Ikon Business Malaysia - Datuk Maznah Hamid
Seorang lagi contoh USAHAWAN WANITA tersohor tanah air, Datuk Maznah Hamid atau sinonim dengan gelaran 'Iron Lady’.

TANPA keberanian, impian hanya tinggal impian.Inilah kata-kata hikmah Iron Lady Malaysia ini yang telah membawanya ke puncak kejayaan pada hari ini. Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa. Kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid. 

Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan. Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini. 

“Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini.

Impikan waktu 36 jam sehari, Maznah mengakui, beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. “Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam dalam sehari berbanding 24 jam sahaja. Selain mengepalai syarikat keselamatan, Maznah juga terlibat dalam bidang hartanah dan pembangunan sumber manusia.


Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Tahukah anda beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.

Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.

Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak tertuamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri. Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang dunia keushawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah Motivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yg berjaya.

Beliau kerap kali mengesa supaya kita menjadi orang yg berani merebut kejayaan dan peluang dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam kejayaan orang lain.



Cabaran-Cabaran Yang Harus Dihadapi Oleh Usahawan

             Cabaran Yang harus Dihadapi oleh Usahawan

v  Kekurangan modal
v  Penipuan @ penyelewengan oleh pembekal, pengelar dan peniaga lain.
v  Masalah pemasaran.
v  Tiada bimbingan secara berterusan.


Cara untuk atasi cabaran

Ø  Mendapatkan khidmat nasihat melalui persatuan atau dewan perniagaan.
Ø  Membuat kajian terhadap usahawan yang berjaya.
Ø  Menggunakan kemudahan agensi oleh kerajaan.




USAHAWAN WANITA YANG TERDEDAH KEPADA 
CABARAN


1.   Konflik Antara Pekerjaan Dengan Rumahtangga
Penglibatan wanita dalam kerjaya bagi menambah sumber pendapatan keluarga serta kewujudan golongan professional dalam kalangan wanita semakin meningkat. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada wanita apabila wujud tekanan dalam bentuk konflik peranan, iaitu antara peranan usahawan dengan peranan sebagai suri rumah rumahtangga. Contohnya, dari aspek masa, terutamanya dalam kalangan usahawan wanita yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Tahap sokongan keluarga yang diterima turut mempengaruhi kadar tekanan yang dihadapi. Ahli keluarga yang menyokong kerjaya wanita boleh mengurangkan tekanan.
Selain itu, kadar kepuasan usahawan wanita terhadap pekerjaan, perkahwinan dan kehidupan turut menimbulkan konflik. Suatu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat terhadap 300 usahawan wanita telah memperoleh empat pendapat utama berhubung dengan konflik antara pekerjaan dengan rumah tangga. Pertama, pemilik perniagaan wanita cenderung untuk berhadapan dengan konflik yang berkaitan dengan struktur keluarga atau jumlah masa yang perlu diluangkan bagi perniagaan. Kedua, konflik yang dihadapi berkisarkan tahap kepuasan perniagaan dan tanggapannya terhadap kejayaan perniagaan. Ketiga, jika perniagaan mencapai kejayaan yang diharapkan, usahawan wanita akan memperoleh kepuasan dalam perniagaan dan ini dapat mengurangkan konflik. Keempat, konflik peranan sering dihadapi oleh usahawan yang mempunyai tahap harga diri yang rendah.
Walaupun bagaimanapun, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa usahawan wanita kurang menghadapi konflik peranan apabila memperoleh lebih kepuasan dalam kehidupan berkeluarga dan mendapat pengiktirafan dalam pekerjaannya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wanita terutamanya pada peringkat awal penubuhan perniagaan. Seterunya, konflik ini dapat dikurangkan dalam kehidupan usahawan wanita jika wujud kepuasan dalam kehidupan berkeluarga dan perniagaan.

2.   Jurang Kewangan
Salah satu halangan yang dihadapi oleh usahawan wanita adalah untuk mendapatkan bantuan kewangan pada peringkat awal penubuhan perniagaan. Kebanyakan usahawan wanita membiayai perniagaan mereka sama ada melalui simpanan atau pinjaman peribadi. Walau bagaimanapun, keadaan ini semakin berubah kerana pemodal perniagaan dan institusi kewangan semakin berubah kerana pemodal perniagaan dan institusi kewangan semakin membuka ruang kepada usahawan wanita untuk mendapatkan bantuan kewangan. Tambahan pula, golongan wanita lebih berdisplin dalam membayar balik pinjaman yang dibuat.
Jurang kewangan ialah perbezaan antara jumlah bantuan kewangan yang dikehendaki oleh semua usahawan wanita dengan jumlah bantuan yang ada. Jurang ini semakin menyempit kerana pihak yang menyediakan bantuan kewangan semakin menyedari bahawa perniagaan yang diuruskan oleh usahawan wanita merupakan tempat pelaburan berpotensi yang dahulunya kurang diberi perhatian. Jurang ini juga dapat dikurangkan dengan peningkatan pengalaman wanita dalam bidang kewangan dan mereka semakin mahir dalam membuat ramalan kewangan, menyusun pakej kewangan, dan membuat perundingan dalam menentukan tempoh pinjaman.

3.   Persiapan Untuk Menjadi Usahawan
Secara tradisinya, usahawan wanita jarang mendapat latihan atau pendidikan formal untuk menjadi usahawan. Sering kali mereka memulakan perniagaan kerana tidak berpuas hati dengan gaji atau pekerjaan yang dilakukan. Kemungkinan juga mereka mempunyai hasrat untuk menjadi usahawan dan bekerja dengan orang lain hanya untuk mendapatkan modal permulaan dan pengalaman bagi membuka perniagaan sendiri. Kebanyakan usahawan wanita menjadi usahawan dan belajar daripada pengalaman mereka. Mereka belajar selok-belok perniagaan, cara untuk membuat perundingan dengan pihak bank, membuat rancangan perniagaan, mengambil serta membuang pekerja, dan seterusnya mengembangkan perniagaan melalui pengalaman sebenar mereka sendiri.

Namun begitu, suasana dewasa kini telah berubah. Pelbagai latihan dan peluang pendidikan berhubung dengan keusahawanan ditawarkan kepada usahawan wanita dan ini meningkatkan peluang perniagaan mereka, seterusnya perubahan sosial yang mempengaruhi persekitaran.   

Ahad, 6 Oktober 2013

Usahawan.TV - Bagaimana Memulakan Perniagaan

Usahawan Muda Upin Ipin



Video ini bukan sahaja dapat menghilangkan kebosanan anda semua tetapi terdapat ilmu yang boleh kita perolehi daripada cerita Upin Ipin ini. Antaranya;

  • Perniagaan yang boleh dilakukan secara online.
  • Dapat menunjukkan sifat kreatif dan inovasi terdapat sesuatu produk yang sedia ada.
  • Dapat mengetahui perbezaan antara perniagaan produk secara online atau secara langsung kerana perniagaan secara online kita perlu fikirkan kaedah yang paling sesuai untuk diposkan kepada pembeli.

Pendapat Usahawan Terhadap Seminar Dr. Azizan Osman

Ciri-Ciri Umum Usahawan


Ciri-Ciri Umum Usahawan

*    Dorongan ke arah kejayaan.
*    Mengambil risiko yang diperhitungkan.
*    Kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan.
*    Berinisiatif dan bertanggungjawab.
*    Lokus kawalan dalaman.
*    Berkeyakinan terhadap kebolehan diri.
*    Kejujuran dan menepati janji.
*    Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi.
*    Kebolehan menyelesaikan masalah.
*    Tahap tenaga kerja yang tinggi.
*    Berorientasikan matlamat dan wawasan.
*    Kebolehan membuat keputusan.
*    Menggunakan strategi-strategi pengaruh.
*    Keusahawanan sosial.

Ciri-Ciri Usahawan yang Berjaya

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA 
ABAD-KE 21

1.      DAPAT MELIHAT DAN MENGAMBIL PELUANG
Usahawan pada abad ke-21 bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi perlu juga pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada. Usahawan yang merebut dan melaksanakan peluang merupakan pra-syarat untuk berjaya. Sebagai seorang usahawan yang dapat meramal dan menganalisis peluang, mereka tidak akan melepaskan peluang yang boleh membawa keuntungan kepada organisasinya begitu sahaja. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mereka mampu melihat masa depan yang lebih jauh daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambilnya.

2.     MEMPUNYAI MAKLUMAT
Maklumat yang terkini, jelas dan tepat merupakan sumber untuk bertindak dengan pantas. Bagi usahawan ke-21 ini, maklumat yang tepat lagi berguna merupakan salah satu faktor untuk mereka berjaya. Bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan jelas, usahawan haruslah mempunyai kepintaran rangkaian luaran bagi perniagaannya.  Kepintaran rangkaian inilah yang akan membantu usahawan dalam mendapatkan maklumat dan menggunakan maklumat dengan baik dan berkesan.

3.    KREATIF DAN INOVATIF
Usahawan haruslah mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi. Usahawan yang kreatif dan inovatif ialah seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat menterjemahkannnya kepada produk yang dapat dikormersialkan. Usahawan yang kreatif merupakan usahawan yang mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya menghasilkan produk baru dan canggih serta unik. Manakala usahawan yang mempunyai ciri inovatif ialah usahawan yag sentiasa ingin memperkembang dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya. Usahawan pada abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi bagi mendapat kelebihan persaingan terutamanya dalam bidang yang menggunakan teknologi tinggi dan terkini. Jika tidak, usahawan akan dianggap ketinggalan dan tidak dapat bersaing di pasaran global. Sebagai contoh, usahawan yang pandai dalam kreatif dan inovasi ini ialah Datuk Tony Fernandes, kerana beliau mencipta satu penerbangan yang mampu dinaiki ole semua orang iaitu penerbangan tambang murah. Mungkin orang lain tidak terfikir hal ini, namun dengan pengalaman dan pemerhatian beliau menjadikan beliau berjaya sehingga kini.

4.    BERFIKIRAN YANG BEBAS
Usahawan pada abad ke-21 pastinya seseorang yang dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang yang berfikiran bebas dapat melihat, merebut dan menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya. Usahawan yang berfikiran ini akan sentiasa terbuka mindanya serta tidak mudah dipengaruhi oleh anasir yang tidak sihat kerana usahawan adalah peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Usahawan akan menjadikan pendapat orang lain seperti rakan kongsi, pengurus dan pekerja bawahannya sebagai panduan, namun segala keputusan akan dibuat berdasarkan semua pihak yang berkepentingan dengannya.

5.     OPTIMISTIK
Optimistick merupakan ciri-ciri usahawan yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini tidak akan pesimis terhadap kesulitan, kesempitan dan kesusahan yang dihadapinya. Usahawan yang optimistik menganggap segala kesusahan dan kepayahan merupakan asam garam dalam bidang perniagaan yang akan ditempuhi oleh semua orang.

6.     BERTINDAK SEBAGAI INNOVATOR
Pada abad ke-21 kini, Malaysia amat memerlukan usahawan yang dapat bertindak sebagai inovator. Inovator boleh didefinisikan sebagai semangat mencipta serta mengilhamkan konsep dan idea yang baru. Sifat inovator yang terdapat pada diri usahawan memperlihatkan bahawa mereka adalah seorang yang bijak, panjang akal dan sentiasa berilham. Seseorang yang berinovasi akan sentiasa memikirkan perubahan serta melaksanakan perubahan dan membuat pembaharuan yang releven dan realistik. Usahawan yang mempunyai ciri inovator akan sentiasa membuat pembaharuan dan membawa kejutan kepada orang ramai kerana tiada yang serupa dengan pembaharuan sebelum ini.

7.     MENGAMBIL RISIKO YANG DIPERHITUNGKAN
Seperti sifat umum yang ada pada seseorang usahawan, usahawan yang ingin berjaya pada abad-21 juga perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa hukum umum bagi sesuatu risiko, ialah semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangannya. Namun begitu, pada abad ke-21 kini, seseorang usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan.

8.     SIFAT KEPIMPINAN

Sifat kepimpinan yang terdapat dalam diri usahawan haruslah selari dengan matlamat dan visi perniagaannya. Ini adalah kerana sifat kepimpinan merupakan satu sifat yang amat penting bagi perkembangan sesebuah perniagaan. Sehingga kini terdapat banyak sifat kepimpinan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin, antaranya kepimpinan karismatik, kepimpinan ‘transactional’, kepimpinan transformasi serta kepimpinan ‘visionary’.