Isnin, 7 Oktober 2013

Cabaran-Cabaran Yang Harus Dihadapi Oleh Usahawan

             Cabaran Yang harus Dihadapi oleh Usahawan

v  Kekurangan modal
v  Penipuan @ penyelewengan oleh pembekal, pengelar dan peniaga lain.
v  Masalah pemasaran.
v  Tiada bimbingan secara berterusan.


Cara untuk atasi cabaran

Ø  Mendapatkan khidmat nasihat melalui persatuan atau dewan perniagaan.
Ø  Membuat kajian terhadap usahawan yang berjaya.
Ø  Menggunakan kemudahan agensi oleh kerajaan.




USAHAWAN WANITA YANG TERDEDAH KEPADA 
CABARAN


1.   Konflik Antara Pekerjaan Dengan Rumahtangga
Penglibatan wanita dalam kerjaya bagi menambah sumber pendapatan keluarga serta kewujudan golongan professional dalam kalangan wanita semakin meningkat. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada wanita apabila wujud tekanan dalam bentuk konflik peranan, iaitu antara peranan usahawan dengan peranan sebagai suri rumah rumahtangga. Contohnya, dari aspek masa, terutamanya dalam kalangan usahawan wanita yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Tahap sokongan keluarga yang diterima turut mempengaruhi kadar tekanan yang dihadapi. Ahli keluarga yang menyokong kerjaya wanita boleh mengurangkan tekanan.
Selain itu, kadar kepuasan usahawan wanita terhadap pekerjaan, perkahwinan dan kehidupan turut menimbulkan konflik. Suatu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat terhadap 300 usahawan wanita telah memperoleh empat pendapat utama berhubung dengan konflik antara pekerjaan dengan rumah tangga. Pertama, pemilik perniagaan wanita cenderung untuk berhadapan dengan konflik yang berkaitan dengan struktur keluarga atau jumlah masa yang perlu diluangkan bagi perniagaan. Kedua, konflik yang dihadapi berkisarkan tahap kepuasan perniagaan dan tanggapannya terhadap kejayaan perniagaan. Ketiga, jika perniagaan mencapai kejayaan yang diharapkan, usahawan wanita akan memperoleh kepuasan dalam perniagaan dan ini dapat mengurangkan konflik. Keempat, konflik peranan sering dihadapi oleh usahawan yang mempunyai tahap harga diri yang rendah.
Walaupun bagaimanapun, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa usahawan wanita kurang menghadapi konflik peranan apabila memperoleh lebih kepuasan dalam kehidupan berkeluarga dan mendapat pengiktirafan dalam pekerjaannya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wanita terutamanya pada peringkat awal penubuhan perniagaan. Seterunya, konflik ini dapat dikurangkan dalam kehidupan usahawan wanita jika wujud kepuasan dalam kehidupan berkeluarga dan perniagaan.

2.   Jurang Kewangan
Salah satu halangan yang dihadapi oleh usahawan wanita adalah untuk mendapatkan bantuan kewangan pada peringkat awal penubuhan perniagaan. Kebanyakan usahawan wanita membiayai perniagaan mereka sama ada melalui simpanan atau pinjaman peribadi. Walau bagaimanapun, keadaan ini semakin berubah kerana pemodal perniagaan dan institusi kewangan semakin berubah kerana pemodal perniagaan dan institusi kewangan semakin membuka ruang kepada usahawan wanita untuk mendapatkan bantuan kewangan. Tambahan pula, golongan wanita lebih berdisplin dalam membayar balik pinjaman yang dibuat.
Jurang kewangan ialah perbezaan antara jumlah bantuan kewangan yang dikehendaki oleh semua usahawan wanita dengan jumlah bantuan yang ada. Jurang ini semakin menyempit kerana pihak yang menyediakan bantuan kewangan semakin menyedari bahawa perniagaan yang diuruskan oleh usahawan wanita merupakan tempat pelaburan berpotensi yang dahulunya kurang diberi perhatian. Jurang ini juga dapat dikurangkan dengan peningkatan pengalaman wanita dalam bidang kewangan dan mereka semakin mahir dalam membuat ramalan kewangan, menyusun pakej kewangan, dan membuat perundingan dalam menentukan tempoh pinjaman.

3.   Persiapan Untuk Menjadi Usahawan
Secara tradisinya, usahawan wanita jarang mendapat latihan atau pendidikan formal untuk menjadi usahawan. Sering kali mereka memulakan perniagaan kerana tidak berpuas hati dengan gaji atau pekerjaan yang dilakukan. Kemungkinan juga mereka mempunyai hasrat untuk menjadi usahawan dan bekerja dengan orang lain hanya untuk mendapatkan modal permulaan dan pengalaman bagi membuka perniagaan sendiri. Kebanyakan usahawan wanita menjadi usahawan dan belajar daripada pengalaman mereka. Mereka belajar selok-belok perniagaan, cara untuk membuat perundingan dengan pihak bank, membuat rancangan perniagaan, mengambil serta membuang pekerja, dan seterusnya mengembangkan perniagaan melalui pengalaman sebenar mereka sendiri.

Namun begitu, suasana dewasa kini telah berubah. Pelbagai latihan dan peluang pendidikan berhubung dengan keusahawanan ditawarkan kepada usahawan wanita dan ini meningkatkan peluang perniagaan mereka, seterusnya perubahan sosial yang mempengaruhi persekitaran.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan