SEORANG USAHAWAN WANITA BERJAYA
DATUK MAZNAH HAMID
DATUK MAZNAH HAMID
Kisah Kejayaan Ikon Business Malaysia - Datuk Maznah
Hamid
Seorang lagi contoh USAHAWAN WANITA
tersohor tanah air, Datuk Maznah Hamid atau sinonim dengan gelaran 'Iron Lady’.
TANPA keberanian, impian hanya
tinggal impian.Inilah kata-kata hikmah Iron Lady Malaysia ini yang telah
membawanya ke puncak kejayaan pada hari ini. Menjalankan perniagaan
kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa. Kata Pengarah
Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid.
Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan. Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini.
“Orang mungkin lihat kami sudah
berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak
kelahiran Jerlun, Kedah, ini.
Impikan waktu 36 jam
sehari, Maznah mengakui, beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang
baru. “Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting
berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah
baiknya jika terdapat 36 jam dalam sehari berbanding 24 jam sahaja. Selain
mengepalai syarikat keselamatan, Maznah juga terlibat dalam bidang
hartanah dan pembangunan sumber manusia.
Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah
Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama
dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Tahukah anda beliau hanya
bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada
tahun 1981.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun
padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill
collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.
Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.
Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak tertuamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri. Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang dunia keushawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah Motivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yg berjaya.
Beliau kerap kali mengesa supaya kita menjadi orang yg berani merebut kejayaan dan peluang dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam kejayaan orang lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan