Rabu, 30 Oktober 2013

Hari Kokurikulum dan Hari Kantin

Hari Kokurikulum dan Hari Kantin


Hari kokurikulum ini sering kali diadakan oleh pihak sekolah. Biasanya ianya akan diadakan dalam tepoh setahun sekali. Hari kokorikulum ini bukan sahaja dapat menrehatkan minda pelajar dari pembelajaran tetapi ianya juga dapat memupuk minat pelajar untuk menceburi bidang usahawan. Walaupun mereka ini hanya menjalankan perniagaan selama sehari, tetapi ia dapat menimbulkan minat kepada pelajar untuk berniaga. Pelajar juga dapat menggunakan kemahiran yang ada dalam menjalankan perniagaan, contohnya kemahiran berkomunikasi dengan pelajar. Selain itu, pelajar juga terdedah kepada risiko tidak mendapat keuntungan.  Pelajar akan turut dibimbing oleh guru dalam menjalankan perniagaan mereka.






Berikut ialah gambar-gambar aktiviti hari Kokorikulum pelajar sekolah.

Melahirkan Usahawan Remaja

Melahirkan Usahawan Remaja


Saya ingin mengalihkan perhatian kepada usaha kita melahirkan lebih ramai usahawan remaja, berumur antara 18 hingga 25 tahun. Pada pandangan saya, ia boleh berjaya jika dilatih secara hands on di sekolah. Kenapa saya katakan sekolah. Ia kerana ia adalah institusi terbaik melahirkan bakat-bakat usahawan.

Perkara ini mempunyai kaitan dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bahawa kajian mereka menunjukkan tidak sampai tiga peratus graduan IPTA menceburi bidang perniagaan sebaik sahaja tamat pengajian. Saya tidak perlu mengulas situasi ini tetapi cukuplah kita simpulkan bahawa IPTA mempunyai pelbagai kemudahan khusus untuk melatih usahawan di kalangan graduan. Biarlah mereka sendiri menjawab keputusan segala usaha mereka.

Pada hemat saya, mungkin agaknya proses melahirkan usahawan itu bermula dari sekolah ibarat kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Bagi remaja Cina, mungkin rumah dan keluarga mereka sudah terdedah dengan persekitaran perniagaan.Kini, remaja berbangsa India juga tidak kurang berjinak-jinak dengan perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Kita pasti sering melihat remaja India menunggang motosikal memasarkan santan kelapa ke kedai-kedai. Walaupun masih di bangku sekolah,mereka akan bercakap tentang impian satu hari nanti untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya.

Pendek kata, jika begitu 'tarbiyah' mereka, maka sudah pasti proses pembudayaan keusahawanan ini telah berakar umbi dalam diri remaja Cina dan India. Maka tidak hairan pada hari ini, seolah-olah sudah ada identiti perniagaan baru yang melibatkan remaja Cina sebagai usahawan membaiki telefon bimbit dan aksesori berkaitan di merata tempat. Manakala imej remaja India pula mengusahakan kedai gunting rambut. Cuba perhatikan di setiap kawasan perumahan, mesti ada perniagaan kecil remaja Cina dan India yang difahamkan disokong oleh gerakan ekonomi komuniti dan parti politik dua kaum ini. Hal ini menjadikan kita tertanya-tanya di manakah identiti usahawan remaja Melayu? Ke manakah agenda parti-parti politik serta pertubuhan ekonomi Melayu?

Tanpa mempersoalkan isu itu semua, marilah kita membawa pendekatan baru iaitu azam untuk menjayakan misi melahirkan ramai usahawan remaja Melayu yang bermula secara serius dan terancang sejak di bangku sekolah. Satu tinjauan yang saya lakukan terhadap usahawan remaja ini membuktikan bahawa mereka yang terdedah dengan aktiviti keusahawanan di sekolah terutama mereka yang menguasai latihan vokasional mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menjadi usahawan sebaik sahaja habis persekolahan.Ini bermakna pendidikan dan tarbiyah di sekolah sangat berkesan untuk membentuk generasi usahawan remaja ini.

Namun bagaimanakah caranya untuk mengimbangi keperluan akademik dan pendidikan perniagaan secara praktikal? Dalam masa yang sama juga mengurangkan beban guru dan kekangan di sekolah? Jawapan terbaiknya adalah dengan menggunakan segala keupayaan sedia ada tetapi dimaksimumkan fungsi dan aktivitinya. Saya melihat beberapa aktiviti sekolah seperti koperasi sekolah, kelab usahawan, hari usahawan, kedai buku, kantin dan macam-macam aktiviti taqwim sekolah sepatutnya menjadi gelanggang usahawan pelajar sekolah.

Koperasi sekolah misalnya telah melahirkan tokoh perniagaan yang tidak kurang hebatnya. Cuma skop pendidikan koperasi hendaklah ditingkatkan untuk menambah aktiviti perniagaan yang melibatkan pelajar. Jika sebelum ini, guru koperasi memainkan peranan aktif menguruskan koperasi, maka berilah lebih banyak ruang untuk pelajar terlibat dan cukuplah guru sebagai pembimbing sepenuhnya.
Koperasi mungkin boleh menjadi medan jual beli keperluan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat untuk menyokong pendidikan perniagaan secara amali di sekolah.

Manakala sekolah yang mempunyai pelajar kurang cemerlang tetapi boleh ditonjolkan dengan aktiviti vokasional boleh terlibat menggunakan kemudahan sekolah secara sistematik menghasilkan produk seperti pemprosesan makanan. Selain dijual di sekolah, mungkin pihak kantin, ibu bapa dan masyarakat setempat berminat menjadi pelanggan.

Pernah seorang pengetua memberitahu saya bahawa beliau agak pening dengan pelajar-pelajar yang tidak berminat belajar tetapi berbakat berniaga mi goreng selepas waktu sekolah hanya beberapa meter dari kawasan sekolahnya. Beliau berhasrat untuk mengajar masakan supaya masalah disiplin dan keciciran mereka dapat dikurangkan tetapi sayang sekolah mereka tidak mempunyai guru terlatih walaupun kemudahan memasak tersebut ada. Katanya, dapur-dapur canggih itu tersimpan di setor sekolah.

Justeru, saya mencadangkan supaya kerjasama dijalin dengan usahawan dari luar kerana hanya usahawan memahami dunia keusahawanan yang sebenar. Perkongsian dan bimbingan usahawan akan memantapkan proses pembinaan karakter usahawan.

Seperkara lagi, aktiviti keusahawanan bukanlah semata-mata bermusim sekadar untuk suka-suka kerana mengisi masa penghujung sesi persekolahan. Pada masa ini, aktiviti yang sering kita dengar adalah hari kantin dan hari usahawan yang kadangkala sekadar pelajar membawa barang jualan yang diserahkan kepada sekolah untuk dijual dan hasil jualan selalunya didermakan terus sepenuhnya kepada sekolah. Kadangkala untung rugi jualan tidak diketahui pelajar.

Oleh itu, pembudayaan keusahawanan boleh dilaksanakan di sekolah secara lebih sistematik dan berterusan. Proses sedemikian akan menarik minat dan menyerap dalam diri mereka jika mereka dapat merasai setiap sen yang diniagakan. Walaupun kecil keuntungannya, bakat dan titik peluh yang diberikan peluang oleh sekolah akan memberi kepuasan kepada mereka sehingga menjadikan keusahawanan sebati dalam diri mereka.

Kita mungkin tidak menyasarkan ramai tetapi bayangkan jika setiap sekolah melahirkan 10 usahawan remaja cemerlang setiap tahun. Setahu saya, ada beribu sekolah seluruh negara. Akan terjadilah seperti seruan bekas Presiden Indonesia, Sukarno: "Berikan kepadaku 10 orang belia berilmu. Bukan sekadar rantau ini, bahkan seantero dunia bisa kugegarkan!".


Itulah ibarat keupayaan usahawan remaja Malaysia yang bakal menggegarkan dunia keusahawanan pada masa depan.Siapa tahu!

Selasa, 22 Oktober 2013

USAHAWAN SELEBRITI DI MALAYSIA

Ezany Nizariff




Seorang lagi selebriti lelaki yang tidak kurang hebatnya ialah Ezany Nizariff, jejaka berusia 36 tahun yang popular dengan watak Irfan dalam drama bersiri Natasha, sekarang sudah bergelar usahawan belacan. Rupanya sejak setahun lalu, syarikatnya EMP Sdn. Bhd, sudah menghasilkan ‘Belacan Ezany’. Bermula secara kecil-kecilan, Ezany kini mampu berbangga apabila kicap dan belacannya telah berada di pasaraya terkemuka seperti Giant, Mydin dan Jaya Jusco. Malah artis ini kini mempunyai kilang di Lestary Perdana, Seri Kembangan, Selangor.


Memulakan karier sebagai pelakon, Ezany ke sana ke mari menghadiri uji bakat dengan menaiki pengankutan awam sahaja. Apabila semakin naik, usahawan muda ini berkereta Satria warna hijau. Setelah memperoleh pendapatan yang lumayan melalui drama-drama popular beliau, keretanya bertukar kepada Kia Sorento dan kini beliau sudah pun memiliki kereta BMW dan dua buah kondominium hasil pendapatan berniaga!

Satu sifat Ezany yang boleh dipuji ialah beliau tidak berasa malu menjual belacan kerana katanya belacan adalah salah satu perencah masakan Melayu.

“Sejak dulu belacan memang tidak boleh dipisahkan daripada masakan kita walaupun ia sedikit berbau. Sebab itu kalau kita sebut belacan, dengan sendirinya kita tahu ia berkaitan dengan masakan Melayu. Sebab itu pada setiap bungkus Belacan Ezany tertera gambar saya, siap bersongkok dan berpakaian baju Melayu,” kata Ezany dalam satu petikan surat khabar yang mengumpulkan golongan artis berniaga.



Kini, kilang belacan Ezany di Sungai Berambang, Perlis dah boleh keluarkan 50,000 ketul belacan sebulan. Belacan yang dijual seberat 150 gram dan 70 gram itu dihasilkan oleh 10 wanita kampung dengan menggunakan udang geragau. Belacan yang diusahakan syarikat usahawan muda ini menggunakan seratus peratus udang geragau. Tetapi ada juga yang dibuat dengan menggunakan campuran ikan dan udang.

Selain belacan, syarikat Ezany turut mengedar kunyit serbu, rempah ikan, rempah kurma dan pelbagai lagi perencah masakan. Apabila jenama Ezany sudah terkenal terutamanya di kalangan peminatnya, Ezany dengan bijak mengambil peluang untuk menjual sos tomato dan sos cili dan turut mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu Grassjeans yang kini dijual di Jaya Jusco. Beliau memang ahli perniagaan yang pandai merebut peluang!


Produk Syarikat Ezany


Melahirkan majikan di kalangan siswazah

Kurang sokongan keluarga, masyarakat jadi halangan utama 

MASALAH hari ini ialah kurangnya mahasiswa, terutama di kalangan Melayu dan Bumiputera ingin menceburi bidang keusahawanan. Mereka lebih gemar mencari majikan daripada menjadi majikan. 
Mereka lebih rela berpeluh mencari pekerjaan daripada mencipta pekerjaan untuk diri sendiri seterusnya memberi pekerjaan untuk orang lain. Mereka lebih gemar mencemuh kerajaan apabila gagal mendapat pekerjaan. Mereka akan menyalahkan segala-galanya yang ada di sekeliling, kecuali diri sendiri apabila gagal mendapat pekerjaan.
Berikutan itu usaha Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan ‘Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT’ seperti diumumkan Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika merasmikan Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa IPT Peringkat Nasional ke-7 di Dataran Kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) baru-baru ini, perlu diberi perhatian.
Enam Teras Strategik dikenal pasti sebagai usaha bersepadu dengan matlamat melahirkan majikan di kalangan siswazah. Satu perkara penting apabila sesuatu program atau dasar keusahawanan, terutama membabitkan mahasiswa dan siswazah dilaksanakan ialah perlu mempunyai matlamat jelas.
Dasar keusahawanan ini harus jelas menyatakan kita ingin melahirkan usahawan sebenar. Sekarang banyak orang mengaku mempunyai nilai keusahawanan tinggi, sama ada pegawai kerajaan, eksekutif, pengurus dan lain-lain, tetapi mereka tidak berniaga.
Keadaan ini tidak dapat mengatasi masalah dasar bidang keusahawanan, iaitu melahirkan majikan. Walaupun mempunyai nilai keusahawanan yang tinggi, mereka tetap bergantung kepada orang lain yang memberi pekerjaan kepada mereka. Kita kerap menitikberatkan ‘nilai’ semata-mata.
Oleh itu, kita harus tegas dan jelas bahawa program ini untuk melahirkan usahawan sebenar. Kita ambil contoh Institut Kemahiran Mara yang melatih ramai graduan dalam bidang teknikal seperti automotif, penghawa dingin dan sebagainya. Tetapi berapa ramai yang akhirnya membuka bengkel sendiri? Tidak ramai.
Mereka lebih suka bekerja makan gaji. Penulis sendiri melihat ramai rakan ketika di kampus, terbabit dengan kokurikulum keusahawanan, malah membuka perniagaan di kampus menerusi program keusahawanan yang dianjurkan di universiti, tetapi selepas menamatkan pengajian, mereka sama-sama beratur dengan rakan lain mengisi borang memohon pekerjaan.
Di manakah silap semua ini? Perkara ini harus diberi perhatian oleh kerajaan, terutama Kementerian Pengajian Tinggi dan semua agensi kerajaan yang berkaitan seperti Mara. Penulis pernah mendengar seorang penceramah keusahawanan menyatakan ‘keusahawanan adalah kerjaya bagus, selepas tamat pengajian, jika gagal mendapatkan pekerjaan, jadilah usahawan’.
Sekali imbas kenyataan ini menggalakkan mahasiswa menjadi usahawan, tetapi bidang itu dijadikan kerjaya pilihan kedua jika mereka gagal mendapatkan pekerjaan.
Sebelum menggalakkan mahasiswa dan siswazah menjadi usahawan, mestilah terlebih dulu dibangkitkan keyakinan kepada mereka bahawa kerjaya sebagai usahawan boleh menjamin masa depan. Mereka harus ‘mengimani’ dengan sesungguhnya bahawa keusahawanan itu adalah satu kerjaya. Mereka mestilah memilih kerjaya itu kerana minat dan percaya, bukannya kerana satu opsyen disebabkan kurangnya peluang pekerjaan lain.
Seseorang siswazah sebenarnya gagal dalam perniagaan kerana ada ijazah dan diploma. Mengapa jadi begitu? Seorang usahawan siswazah membuka satu perniagaan. Oleh kerana perniagaan itu baru lagi, maka jualan diperoleh amat sedikit. Mungkin mereka mendapat untung RM500 atau RM800 sebulan. Kadangkala mereka rugi. Keadaan ini mungkin berlarutan sehingga setahun. Lalu mereka berfikir ‘jika aku bekerja aku boleh dapat RM3,000 sebulan tanpa bersusah-payah.’ Lalu mereka berhenti dan bekerja dengan orang lain.
Oleh itu, banyak kita lihat usahawan siswazah yang berniaga separuh jalan. Mereka takut dan tidak mahu mengambil risiko. Mereka kurang daya tahan dan daya juang. Mereka ada ijazah dan diploma sebagai penyelamat. Golongan seperti ini tidak layak menjadi usahawan.
Seorang usahawan sejati, apabila gagal, mereka akan berfikir perniagaan lain yang boleh mereka lakukan untuk mendapat pendapatan. Tidak pernah ada dalam kotak fikiran untuk mencari pekerjaan lain jika gagal.
Sebenarnya perkara paling menarik dalam ucapan Mohamed Khaled apabila beliau menyentuh soal kurangnya sokongan moral keluarga dan masyarakat, terutama kepada orang Melayu. Inilah masalah paling utama membelenggu usahawan dan bakal usahawan siswazah dalam masyarakat Bumiputera. Bagi bukan Bumiputera, terutama Cina, mereka tidak mempunyai halangan psikologi ini.
Perkara ini masih kurang diberi penekanan dalam apa-apa dasar atau program keusahawanan sama ada kepada usahawan biasa atau lepasan graduan. Penulis percaya Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT yang dirangka ini mengambil kira masalah ini sebagai keutamaan. Sebenarnya halangan keluarga memainkan peranan yang sangat besar dalam mencantas benih usahawan yang ada pada diri mahasiswa dan siswazah.

Isnin, 7 Oktober 2013

DATUK MAZNAH HAMID - IRON LADY

SEORANG USAHAWAN WANITA BERJAYA 

DATUK MAZNAH HAMID


Kisah Kejayaan Ikon Business Malaysia - Datuk Maznah Hamid
Seorang lagi contoh USAHAWAN WANITA tersohor tanah air, Datuk Maznah Hamid atau sinonim dengan gelaran 'Iron Lady’.

TANPA keberanian, impian hanya tinggal impian.Inilah kata-kata hikmah Iron Lady Malaysia ini yang telah membawanya ke puncak kejayaan pada hari ini. Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa. Kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid. 

Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan. Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini. 

“Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini.

Impikan waktu 36 jam sehari, Maznah mengakui, beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. “Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam dalam sehari berbanding 24 jam sahaja. Selain mengepalai syarikat keselamatan, Maznah juga terlibat dalam bidang hartanah dan pembangunan sumber manusia.


Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Tahukah anda beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.

Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.

Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak tertuamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri. Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang dunia keushawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah Motivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yg berjaya.

Beliau kerap kali mengesa supaya kita menjadi orang yg berani merebut kejayaan dan peluang dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam kejayaan orang lain.



Cabaran-Cabaran Yang Harus Dihadapi Oleh Usahawan

             Cabaran Yang harus Dihadapi oleh Usahawan

v  Kekurangan modal
v  Penipuan @ penyelewengan oleh pembekal, pengelar dan peniaga lain.
v  Masalah pemasaran.
v  Tiada bimbingan secara berterusan.


Cara untuk atasi cabaran

Ø  Mendapatkan khidmat nasihat melalui persatuan atau dewan perniagaan.
Ø  Membuat kajian terhadap usahawan yang berjaya.
Ø  Menggunakan kemudahan agensi oleh kerajaan.




USAHAWAN WANITA YANG TERDEDAH KEPADA 
CABARAN


1.   Konflik Antara Pekerjaan Dengan Rumahtangga
Penglibatan wanita dalam kerjaya bagi menambah sumber pendapatan keluarga serta kewujudan golongan professional dalam kalangan wanita semakin meningkat. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada wanita apabila wujud tekanan dalam bentuk konflik peranan, iaitu antara peranan usahawan dengan peranan sebagai suri rumah rumahtangga. Contohnya, dari aspek masa, terutamanya dalam kalangan usahawan wanita yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Tahap sokongan keluarga yang diterima turut mempengaruhi kadar tekanan yang dihadapi. Ahli keluarga yang menyokong kerjaya wanita boleh mengurangkan tekanan.
Selain itu, kadar kepuasan usahawan wanita terhadap pekerjaan, perkahwinan dan kehidupan turut menimbulkan konflik. Suatu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat terhadap 300 usahawan wanita telah memperoleh empat pendapat utama berhubung dengan konflik antara pekerjaan dengan rumah tangga. Pertama, pemilik perniagaan wanita cenderung untuk berhadapan dengan konflik yang berkaitan dengan struktur keluarga atau jumlah masa yang perlu diluangkan bagi perniagaan. Kedua, konflik yang dihadapi berkisarkan tahap kepuasan perniagaan dan tanggapannya terhadap kejayaan perniagaan. Ketiga, jika perniagaan mencapai kejayaan yang diharapkan, usahawan wanita akan memperoleh kepuasan dalam perniagaan dan ini dapat mengurangkan konflik. Keempat, konflik peranan sering dihadapi oleh usahawan yang mempunyai tahap harga diri yang rendah.
Walaupun bagaimanapun, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa usahawan wanita kurang menghadapi konflik peranan apabila memperoleh lebih kepuasan dalam kehidupan berkeluarga dan mendapat pengiktirafan dalam pekerjaannya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wanita terutamanya pada peringkat awal penubuhan perniagaan. Seterunya, konflik ini dapat dikurangkan dalam kehidupan usahawan wanita jika wujud kepuasan dalam kehidupan berkeluarga dan perniagaan.

2.   Jurang Kewangan
Salah satu halangan yang dihadapi oleh usahawan wanita adalah untuk mendapatkan bantuan kewangan pada peringkat awal penubuhan perniagaan. Kebanyakan usahawan wanita membiayai perniagaan mereka sama ada melalui simpanan atau pinjaman peribadi. Walau bagaimanapun, keadaan ini semakin berubah kerana pemodal perniagaan dan institusi kewangan semakin berubah kerana pemodal perniagaan dan institusi kewangan semakin membuka ruang kepada usahawan wanita untuk mendapatkan bantuan kewangan. Tambahan pula, golongan wanita lebih berdisplin dalam membayar balik pinjaman yang dibuat.
Jurang kewangan ialah perbezaan antara jumlah bantuan kewangan yang dikehendaki oleh semua usahawan wanita dengan jumlah bantuan yang ada. Jurang ini semakin menyempit kerana pihak yang menyediakan bantuan kewangan semakin menyedari bahawa perniagaan yang diuruskan oleh usahawan wanita merupakan tempat pelaburan berpotensi yang dahulunya kurang diberi perhatian. Jurang ini juga dapat dikurangkan dengan peningkatan pengalaman wanita dalam bidang kewangan dan mereka semakin mahir dalam membuat ramalan kewangan, menyusun pakej kewangan, dan membuat perundingan dalam menentukan tempoh pinjaman.

3.   Persiapan Untuk Menjadi Usahawan
Secara tradisinya, usahawan wanita jarang mendapat latihan atau pendidikan formal untuk menjadi usahawan. Sering kali mereka memulakan perniagaan kerana tidak berpuas hati dengan gaji atau pekerjaan yang dilakukan. Kemungkinan juga mereka mempunyai hasrat untuk menjadi usahawan dan bekerja dengan orang lain hanya untuk mendapatkan modal permulaan dan pengalaman bagi membuka perniagaan sendiri. Kebanyakan usahawan wanita menjadi usahawan dan belajar daripada pengalaman mereka. Mereka belajar selok-belok perniagaan, cara untuk membuat perundingan dengan pihak bank, membuat rancangan perniagaan, mengambil serta membuang pekerja, dan seterusnya mengembangkan perniagaan melalui pengalaman sebenar mereka sendiri.

Namun begitu, suasana dewasa kini telah berubah. Pelbagai latihan dan peluang pendidikan berhubung dengan keusahawanan ditawarkan kepada usahawan wanita dan ini meningkatkan peluang perniagaan mereka, seterusnya perubahan sosial yang mempengaruhi persekitaran.