Jumaat, 20 September 2013

Faiza Bawumi Sayed Ahmad

Latarbelakang Usahawan



Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat FAIZA Shd. Bhd. pada tahun 1964. Beliau seorang wanita kelahiran Mesir dan telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya. Pada ketika itu, beliau telah mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu dalam tempoh tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran-jirannya. Meskipun sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini.

Wanita yang berperwatakan lembut ini sebenarmya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan yang betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang bergiat dalam perniagaan. Beliau telah berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.

Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yang pertama, beliau mengikut suaminya berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti yang dapat mengisi masa terluang. Pada peringkat permulaan, beliau telah mengambil upah menjahit sulaman dengan bermodalkan RM4.00 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecik jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau telah berniaga set ensiklopedia, diikuti perniagaan pinggan mangkuk. Melalui perniagaan kecil-kecilan ini, beliau menabung wangtersebut untuk dijadikan modal perniagaan seterusnya.

Setelah itu, beliau berminat untuk menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih, dan sebagainya untuk membancuh ramuan-ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah jenama Bunga Raya. Semua aktiviti pemprosesan dilakukan sendirian di rumah, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan kepada para peruncit.


Permulaan Pembangunan Perniagaan



Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari tersebut. Dari situ, beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar pelbagi jenis beras. Puan Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam. Untuk mendapatkan maklumbalas positif daripada peruncit, beliau telah membuat kaji selidik dengan pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Para pelanggan rempah yang melanggan rempah ratus beliau turut berminat untuk membeli beras daripadanya.

Pada permulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumahnya, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor.

Perniagaan beliau mendapat sambutan walaupun mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pebuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras kualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras "Ponni".Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk pesakit seperti pesakit diabetis, Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. telah memperkenalkan beras "Ponni" ini ke seluruh Malaysia.

Syarikat beliau kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.

Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernila RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Kejayaan beliau sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Puan Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukan lah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. 


Profil Syarikat Faizah Shd. Bhd.


SYARIKAT FAIZA SDN. BHD. (HQ)
PLO 442, Jln Wawasan 16,
Kawasan Industri Sri Gading 2,
83300 Batu Pahat,
Johor.
Tel : 607-4556900    Fax : 607-4557800
Email : admin@faizarice.com

Syarikat Faiza Shd. Bhd. telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada tahun 1992, Syarikat Faiza secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Shd. Bhd. (SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997.

Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras"Ponni". Setelah melihat potensi beras "Ponni", Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. memperkenalkan beras tersebut, beras jenis ini telah diletakkan dibawah jenama Taj Mahal. Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. turut menghasilakn pengelaran padi yang lain seiring dengan permintaan pengguna seperti beras Basmathi, beras Fragrant, beras Thai Super Special dan beras Local. Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. telah dikenali kerana kualiti produk yang digunakan adalah tinggi dan seratus peratus halal.


Pembangunan Kini



Atas perkembangan perniagaan Syarikat Faiza Sdn. Bhd.  kini telah mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu. Syarikat Faiza Sdn. Bhd.  kini telah meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili, dan kicap selain dari beras dan rempah. Bagi produk bihun pula, syarikat telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.


Kekuatan Syarikat Faiza Sdn. Bhd.


Ianya terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profesional dengan pengetahuan yang luas dan pengalaman dalam bidang masing-masing, yang mana ianya persediaan bagi bersaing dalam senario perniagaan beras. Ini adalah kerana Syarikat Faiza Sdn. Bhd. tidak tolak ansur mengenai kualiti beras. Syarikat Faiza Sdn. Bhd. sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik-teknik lebih baik, cara lebih baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, menggalakkan, untuk memberi khidmat dan menjual produk.

Sumbangan Syarikat Faiza Sdn. Bhd.



Puan faiza yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Shd. Bhd sinonim dengan program yang berbentuk amal "Bersamamu", TV3 kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut. Beliau turut berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan tersebut.


Produk-Produk Syarikat Faiza

Shd. Bhd.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan