Sabtu, 21 September 2013

Tan Sri Anthony Francis Fernandes


Latar Belakang Tan Sri Anthony Francis Fernandes 



Tony Fernandes yang kini berusia 49 tahun,  dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis  Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama  Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez.
Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para  peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau  melanjutkan persekolahan di England  pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada  tahun 1987.
Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.
Sekembalinya  ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.  Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia Tenggara.

Kebangkitan Perniagaan Pengangkutan Penerbangan Tambang Murah Air Asia


Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi  Air Asia,  syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737  yang  usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan  Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia.

Pendorong Dalam Menceburi 

Bidang Perniagaan

Kejayaan luar biasa  selalunya  di hasilkan oleh seseorang yang juga  mempunyai peribadi yang luar biasa yang membantu dalam  setiap langkah  yang dilalui. Pertama  sekali ialah wujudnya minat untuk berniaga yang perlu untuk mendorong seseorang kearah itu. Dalam diri Tony Fernandes,  beliau banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah air. Bagi  Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengkagumkan kerana kemampuannya  yang luar biasa dalam menjual barangan   kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau banyak belajar dari peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala mengharungi  alam perniagaan.
Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya. Dr. Fernandes  memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa keuntungan kerana terlalu bermurah  hati kepada setiap pesakit sehingga kerap kali memberi perkhidmatan dan  ubat secara percuma. Tony  sungguh tidak terpikat dengan cara cara bapa beliau berniaga.
Pada sekilas pandang memang  ada ciri ciri yang serupa  diantara  Tony dengan ayah beliau. Jika ayah beliau memberi keistimewaan kepada pesakit yang miskin, Tony juga memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika ayah beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka, sehingga mengorbankan keuntungan, Tonya juga membantu rakyat yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang, tetapi beliau tetap  terikat dengan prinsip perniagaan berasas keuntungan  dan lestari ( berkekalan).
Kemampuan beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang  dan semangat yang kental amat mengkagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu beliau.  Selain itu zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur 13 tahun) di sekolah berasrama di England, juga memberi kesan yang mendalam  kepada peribadi beliau. Di sana, berjauhan dari keluarga dan kampung halaman, membentuk nilai teras  dalam peribadi beliau, terutama kemampuan berkomunikasi dan berdikari dalam apa jua suasana.
Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya berusia 15 tahun meninggal kesan yang mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan kekosongan dalam hidup dan membantu dalam membentuk peribadi yang cekal dan  mampu berdikari di mana sahaja.
Jika di lihat dari segi kecenderungan usahawan mengambil risiko, Tony adalah contoh yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang nampaknya hyperactivebegitu fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi sebagai modal syarikat.  Mungkin ini bukan suatu perkara yang menghairankan, jika yang diminati  itu matlamat yang biasa, tetapi untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang yang tidak  memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental.
Sungguhpun demikian adalah kurang tepat menyatakan yang Tony bersikapreckless dalam membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan. Malah beliau  amat yakin  kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut.
Bagi menentukan kejayaan,   sikap beliau yang fokus  kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko.  Beliau berkata, ” Saya bukanlah seseorang yang suka memulakan dua puluh benda dan  kemudian berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha usaha seterusnya”. Sikap ini biasa kita nampak ada pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Mydin, Tan Sri Azman Hashim,  Tan Sri Teh Hong Piow  di tanah air kita dan usahawan usahawan seperti pengasas Microsoft,  Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan banyak lagi di arena global.

Pembangunan Perniagaan Tan Sri Anthony Francis Fernandes

Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui  142 laluan dan 78 destinasi  dengan sejumlah 400 penerbangan sehari  di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011,  Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara. 

CIRI-CIRI USAHAWAN



Untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam perniagaan ciri-ciri yang penting perlu wujud dalam diri mereka. Jika ciri-ciri yang positif tidak wujud dalam diri mereka, maka mungkin perniagaan yang dijalankan tidak berjaya seperti yang diinginkan.

Di sini, saya telah memperlihatkan ciri-ciri usahawan yang sejawarnya ada pada diri usahawan. Di dalam video ini juga terdapat badan-badan kerajaan yang dapat membantu usahawan memulakan perniagaan.

http://www.youtube.com/watch?v=bkWRwVE-_ck

Jumaat, 20 September 2013

Faiza Bawumi Sayed Ahmad

Latarbelakang Usahawan



Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat FAIZA Shd. Bhd. pada tahun 1964. Beliau seorang wanita kelahiran Mesir dan telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya. Pada ketika itu, beliau telah mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu dalam tempoh tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran-jirannya. Meskipun sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini.

Wanita yang berperwatakan lembut ini sebenarmya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan yang betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang bergiat dalam perniagaan. Beliau telah berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.

Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yang pertama, beliau mengikut suaminya berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti yang dapat mengisi masa terluang. Pada peringkat permulaan, beliau telah mengambil upah menjahit sulaman dengan bermodalkan RM4.00 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecik jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau telah berniaga set ensiklopedia, diikuti perniagaan pinggan mangkuk. Melalui perniagaan kecil-kecilan ini, beliau menabung wangtersebut untuk dijadikan modal perniagaan seterusnya.

Setelah itu, beliau berminat untuk menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih, dan sebagainya untuk membancuh ramuan-ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah jenama Bunga Raya. Semua aktiviti pemprosesan dilakukan sendirian di rumah, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan kepada para peruncit.


Permulaan Pembangunan Perniagaan



Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari tersebut. Dari situ, beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar pelbagi jenis beras. Puan Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam. Untuk mendapatkan maklumbalas positif daripada peruncit, beliau telah membuat kaji selidik dengan pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Para pelanggan rempah yang melanggan rempah ratus beliau turut berminat untuk membeli beras daripadanya.

Pada permulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumahnya, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor.

Perniagaan beliau mendapat sambutan walaupun mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pebuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras kualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras "Ponni".Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk pesakit seperti pesakit diabetis, Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. telah memperkenalkan beras "Ponni" ini ke seluruh Malaysia.

Syarikat beliau kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.

Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernila RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Kejayaan beliau sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Puan Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukan lah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. 


Profil Syarikat Faizah Shd. Bhd.


SYARIKAT FAIZA SDN. BHD. (HQ)
PLO 442, Jln Wawasan 16,
Kawasan Industri Sri Gading 2,
83300 Batu Pahat,
Johor.
Tel : 607-4556900    Fax : 607-4557800
Email : admin@faizarice.com

Syarikat Faiza Shd. Bhd. telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada tahun 1992, Syarikat Faiza secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Shd. Bhd. (SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997.

Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras"Ponni". Setelah melihat potensi beras "Ponni", Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. memperkenalkan beras tersebut, beras jenis ini telah diletakkan dibawah jenama Taj Mahal. Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. turut menghasilakn pengelaran padi yang lain seiring dengan permintaan pengguna seperti beras Basmathi, beras Fragrant, beras Thai Super Special dan beras Local. Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. telah dikenali kerana kualiti produk yang digunakan adalah tinggi dan seratus peratus halal.


Pembangunan Kini



Atas perkembangan perniagaan Syarikat Faiza Sdn. Bhd.  kini telah mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu. Syarikat Faiza Sdn. Bhd.  kini telah meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili, dan kicap selain dari beras dan rempah. Bagi produk bihun pula, syarikat telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.


Kekuatan Syarikat Faiza Sdn. Bhd.


Ianya terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profesional dengan pengetahuan yang luas dan pengalaman dalam bidang masing-masing, yang mana ianya persediaan bagi bersaing dalam senario perniagaan beras. Ini adalah kerana Syarikat Faiza Sdn. Bhd. tidak tolak ansur mengenai kualiti beras. Syarikat Faiza Sdn. Bhd. sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik-teknik lebih baik, cara lebih baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, menggalakkan, untuk memberi khidmat dan menjual produk.

Sumbangan Syarikat Faiza Sdn. Bhd.



Puan faiza yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Shd. Bhd sinonim dengan program yang berbentuk amal "Bersamamu", TV3 kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut. Beliau turut berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan tersebut.


Produk-Produk Syarikat Faiza

Shd. Bhd.


Khamis, 19 September 2013

APAKAH ITU USAHAWAN?


Usahawan ialah tenaga atau usaha kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta kebolehan melakukan perkara-perkara berikut ;

  • Mencari peluang perniagaan.
  • Mengusahakan sesuatu perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai.
  • Dapat memenuhi keperluan orang ramai.
  • Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan produktiviti.
  • Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.

Manakala mengikut pendapat luar;


1. McClelland (1961) 

Usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.


2. Schumpeter (1934)

Usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan tersebut.


Tuntasnya, usahawan adalah seorang yang mencari peluang dalam perniagaan dan sanggup menanggung risikoyang yang bakal dialami.


USAHAWAN YANG BERJAYA